Friday 16 January 2009

Transisi Tahun 1

Hari pertama persekolahan..satu pengalaman baru bagi murid-murid tahun 1 ..berbeza dengan apa yang dialami sebelum ni di alam pra sekolah..hari ni alhamdulillah semua berjalan mengikut perancan ... kami mendapat guru besar baru menggantikan Puan Hajah Khalsom yang bertukar ke SK Sri Rampai..

Selesai perhimpunan , murid-murid bergerak ke kelas..begitu juga murid - muird Tahun 1..Guru kelas tahun 1 Arif pada 2009 ialah Puan Hasma ....

manakala guru kelas bagi Kelas 1 bestari pula ialah Puan Norliza

Ibu bapa sabar menunggu di luar melihat perkembangan anak masing - masing..tiada urusan pembayaran yuran hari ini cuba pengagihan kad-kad dan borang - borang yang perlu diisi oleh parents

Murid-murid kemuadian di bawa melawat kawasan sekolah...Cikgu Haris yang ditugaskan mengiringi murid lelaki Tahun 1 bestari memula sesi lawatan ini dengan mengunjungi Bilik Arena , dimana alatan sukan disimpan..

Kelihatan ustaz Sobri memberi penerang kepada murid tentang Kedai Buku..selalunya murid-muird baru ni suka sangat membeli barang yang tak perlu di kedai buku...


Ustaz memberi penerang bagaimana nak membeli makanan di kantin..

Ustaz Zulkhairi menunjukkan pejabat kepada murid-murid.." ingat..ini tempat larangan ya..jangan datang ke pejabat kalau tak ada urusan "

Giliran Cikgu Haris pula memberi penerangan di kantin sekolah.

" Jangan baling batu ke dalam kolam ikan ni ya" psan Ustaz Zulkhairi

Sesi lawatan ke Bilik guru

Pusat Sumber sekolah


Ini pula bilik mesyuarat

Surau sekolah


Hasil kerja mereka yang pertama pada hari ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...