Saturday 20 February 2010

HARI KANTIN 2010

Saturday Feb 21

Gambar - gambar sekitar Hari Kantin SKPT2. Alhamdulillah berjalan lancar dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah .

Cikgu Shukri dengan jualan ais krimnya ...banyak untung cikgu ?

Antara bekas pelajar yang hadir memberi sokongan .


Ustazah Suhaili dan Pn Noriha ( PIBG )sibuk di gerai buah-buahan .



Gerai minuman yang sangat laris dalam cuaca sekarang ini..


Gerai bundle sale kelolaan PIBG






Cikgu Rahman .... tauke rumah hantu yang mendapat sambutan hangat sehinggakan hantu-hantu pun semput dibuatnya .


Terima kasih kepada semua yang terlibat ... para guru , kakitangan sekolah , pelajar & bekas murid dan guru SKPT2 , ahli PIBG , pengusaha kantin sekolah dan semua yang telah hadir memberi sokongan .

Cuti Peristiwa

SKPT2 akan bercuti pada hari Isnin , 22 hb Februari 2010 sempena Hari Kantin yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu

Harap maklum.

MAKLUMAN

Blog masih dalam pembinaan ... harap maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Sunday 14 February 2010

Jom beramai - ramai


SKPT2 akan menganjurkan Hari Kantin pada 20 Feb 2010 ( Sabtu ) . Dijemput beramai - ramai memeriahkan karnival tersebut . Pelbagai acara bakal menanti anda . Bersama - sama kita memberi sokongan kepada SKPT2.

Tahniah

Maaf kerana agak lewat masukkan entry tentang keputusan UPSR 2009 . Daripada 51 orang calon , seramai 5 orang murid telah berjaya mendapat 5A...Tahniah diucapkan .

Nina Nabila binti Othman

Riana Sukma binti Taslim

Siti Fatimah binti Ubayatullah

Nurmaisarah binti Jamaluddin

Muhammad Asri bin Mohd Sabri

Muhammad Ammad bin Mohd Jamil
Pelajar tumpang juga berjaya mendapat 5A

Tahniah juga kepada sekolah atas Anugerah Peningkatan Saujana kerana mendapat tempat ke 3 peningkatan UPSR dalam WP Kuala Lumpur . Syabas kepada semua guru terutamanya guru-guru Tahun 6 . Semoga kita akan dapat mengekalkan prestasi baik ini dimasa akan datang .

Kepada murid lain ... gagal sekali tak bererti gagal untuk selamanya . Masih belum terlambat untuk anda mencapai kejayaan dalam hidup ... usaha lebih lagi dalam peperiksaan akan datang . Kami guru - guru SKPT2 sentiasa mendoakan anak-anak didik SKPT2 berjaya dalam hidup dunia dan akhirat .

Selamat bertugas di tempat baru

Seramai 4 orang guru telah bertukar ke sekolah baru bermula sesi persekolahan 2010 . Encik Ahmad Rapaie ( GPK Kokurikulum ) telah bertukar ke sekolah di Sri Hartamas .


Puan Rosma Abdullah telah bertukar balik negerinya Kedah .


Encik Abdul Haris bin Othman dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggalnya di Sg.Buloh .


Puan Norliza Mat Dalimi dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan tempat bertugas suaminya iaitu SK Sg Besi .


Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan di SKPT2 . Selamat bertugas di tempat baru ... Jangan lupa kami di sini .

Saturday 13 February 2010

Cuti sekejap

Latest entry takde buat masa ini memandangkan cikgu sedang cuti bersalin . Harap dapat bersabar . Cikgu akan kembali ke sekolah selepas CNY dan insyaallah akan ada cerita baru selepas ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...