Friday 31 December 2010

Orientasi Tahun 1

Warga SKPT2 mengucapkan selamat datang kepada ahli baru keluarga kami bagi tahun 2011 . Hari ini merupakan Hari Orientasi bagi murid-murid Tahun 1 . Alhamdulillah majlis berjalan lancar mengikut perancangan .

Murid-murid dibawa ke kelas .

Para ibu bapa diberikan taklimat di dewan dan diikuti dengan proses penyerahan borang maklumat murid dan lain-lain di empat kaunter yang sediakan .

Kaunter 2 kelolaan Ustazah Suhaili & Cik Mastura

Murid-murid dibawa meninjau dan mengenali bilik-bilik/kawasan sekeliling sekolah .

Aktiviti di dalam kelas


Aktiviti mewarna

Tidak ada seorang pun daripada murid-murid Tahun 1 ini yang menangis pada hari orientasi tersebut .. Kesemuanya kelihatan ceria dan gembira memasuki alam sekolah rendah .

Tuesday 28 December 2010

Selamat bertugas di tempat baru

Guru - guru yang akan bertukar ke sekolah baru pada sesi 2011 . Selamat bertugas di tempat baru kami ucapkan .

Puan Mahani binti Ismail
18/06/2001 - Dis 2010
bertukar ke Pulau Pinang

Puan Shahila binti Mahmood
10/07/2006 - Dis 2010
bertukar ke negeri Selangor

Puan Suhaiza binti Mat Rozali
03/01/2007 - Dis 2010
Bertukar ke Shah Alam , Selangor

Encik Abdul Rahman bin Alang Abdul Shuker
17/01/2008 - Dis 2010
bertukar ke negeri Perak

Segala budi dan bakti yang dicurahkan di SKPT2 akan kami kenang selamanya . Semoga lebih cemerlang di sekolah baru . Jika rindu , datang la jenguk kami di sini .

Tuesday 30 November 2010

BKGK's Family Day

Pada 13 November 2010 ( Sabtu ) Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK ) telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di K Club , Ampang .

Acara mengutip gula-gula di dalam air .

Pertandingan Futsal di antara guru - guru lelaki & suami - suami guru wanita .



Tuesday 16 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang

12 November 2010 ( Jumaat )

Telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam akademik bagi Tahun 2010 . Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Hj Mohd Radzi , Pengerusi PIBG SKPT2 .

Persembahan murid hasil bimbingan Cik Azeidah , Puan Hasma dan Puan Noormi.

Acara penyampaian hadiah

Tokoh Akademik terbaik lelaki & perempuan
Muhammad Thaqif Mannan bin Malik
Nurul Irina A/K Douglas

Tokoh Kokurikulum lelaki & perempuan
Arif Haziq bin Halim
Nurfazila binti Amir Hasan

Tokoh Pelajar Versatil
Nurulhusna binti Jamal Ali

Antara pelajar yang mendapat 5A bagi UPSR 2010 dengan piala dan sijil masing-masing .

Friday 12 November 2010

Tahniah !

Daripada 57 orang calon , 7 orang pelajar telah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2010 , berbanding 5 orang pada tahun lalu .



5A UPSR

NURUL IRINA A/K DOUGLAS
QAMILATUR RASIS FARIHIN BINTI AZMI
NURULHUSNA BINTI JAMAL ALI
NUR IWANI BINTI AZMAN
FELICITY AVILA A/K ALEX
NURUL SHAFIQAH BINTI ABDUL GHANI
MUHAMMAD THAQIFF MANNAN BIN MALIK

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan juga semua guru SKPT2. Yang kurang bernasib baik , usaha lebih lagi di masa akan datang . Doa cikgu - cikgu sentiasa bersama anda .

Tuesday 9 November 2010

Jom memasak bersama Cikgu Noormi

Hari ni murid-murid Tahun 6 ada pertandingan memasak sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR ... aktiviti kali ini adalah kelolaan Cikgu Noormi ... Cikgu Yanti hanya sebagai photographer je . 2 Menu yang perlu dihasilkan ialah Salad Buah dan Sandwich ... menu yang simple tapi menarik yang tidak memerlukan penggunaan dapur .

Masing - masing menunjukkan kemahiran ... ada yang cekap dan ada yang masih kekok .

Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan

Inilah hasilnya

Salad buah
Menu salah satu kumpulan yang menang hari ini

Salad hasil kumpulan yang menang tempat pertama .

Adat pertandingan ... ada yang menang dan ada yang kurang bernasib baik ... apa yang penting ilmu yang diperolehi hari ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian .

Persembahan mengikut kreativiti masing - masing

Ahli kumpulan pemenang tempat pertama aktiviti hari ini .

Hasil yang menarik dan kreatif bagi murid Tahun 6 ... well done .

Monday 8 November 2010

Kem Membaca 1 Malaysia

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 8 November 2010 ( Isnin )

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPT2 , Puan Norzan binti Haji Din .

Persembahan murid di majlis pelancaran tersebut

Antara aktiviti yang telah dan bakal dijalankan ialah :
Bengkel penghasilan Folio dan Buku Skrap
Pameran Hasil Kerja Murid
Penganugerahan Tokoh Nilam 2010

Saturday 6 November 2010

Malam Seribu Kenangan

3 November 2010 ( Rabu ) bertempat di Dewan Sri Tembak teah berlangsung Jamuan Perpisahan bagi murid Tahun 6 yang akan meningggalkan alam sekolah rendah dalam 2 minggu lagi .

Cik Raudah ayu dengan busana muslimahnya .

Menikmati juadah enak yang disediakan .

Sesi bertukar - tukar hadiah .

King of the Night : Zainor Ameer
Queen of the night : Qamilatur Rasis Farihin

Antara penerima hadiah bagi anugerah pada malam tersebut .
Pelajar Paling Popular : Nurul Irina
Pelajar Paling Cool : Maulana
Pelajar paling kreatif : Nurulhusna
Muridku Sayang : Noor Rahim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...