Tuesday 26 April 2011

Kem Kepimpinan Pelajar & Perkhemahan Unit Beruniform

Kem Kepimpinan Pelajar & Perkhemahan Unit Beruniform 2011
Tarikh : 22-24 April 2011
Tempat : SK Padang Tembak ( 2 )




Wednesday 20 April 2011

Jasamu dikenang ( Praktikum 2011 )

15 April 2011 ( Jumaat ) .. Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jasamu DiKenang untuk guru-guru pelatih yang menamatkan Latihan PRAKTIKUM di SK Padang Tembak ( 2 ) . Mereka telah berada di SKPT2 selama 12 minggu mulai 17 Januari sehingga 15 April 2011 .

Sebelum majlis dimulakan , guru-guru SKPT2 mengadakan sedikit jamuan pada waktu rehat bertempat di bilik guru .

Guru - guru pelatih yang terdiri daripada Encik Zulhairul , Encik Zulkifley , Encik Fidaus dan Encik Cheam menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah .


Acara bersalam - salaman dengan guru - guru pelatih .


Terima kasih atas bakti yang dicurahkan kepada anak-anak didik SKPT2 ... semoga cikgu-cikgu akan cemerlang di dalam tugas masing-masing . Jika rindukan kami jemput-jemput la ke SKPT2 .

Sunday 10 April 2011

Gigi cantik senyuman berseri

Selasa ( 5 April 2011 ) Aksi -aksi pelajar memberus gigi setelah ditunjukkan cara yang betul oleh jururwat pergigian .

Pelajar - pelajar ditunjukkan cara memberus gigi yang betul.

"Mari sini misi check putih ke tidak ?"

Wednesday 6 April 2011

Pelancaran Bulan Kreativiti

Pelancaran Bulan Kreativiti telah diadakan pada 4 April 2011 ( Isnin ) sejurus selepas perhimpuanan mingguan . Bulan Kreativiti akan berlangsung sepanjang April dan pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh ketiga-tiga panitia yang terlibat iaitu Panitia Kemahiran Hidup . Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pend. Jasmani .

Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Norzan binti Hj Din , Guru Besar SK Padang Tembak ( 2 ) .

Persembahan menarik Pergerakan Kreatif oleh murid-murid dari Kelas 4 Arif dibawah pimpinan guru-guru pelatih iaitu Encik Zulhairul , Encik Zulkifley dan Encik Firdaus . Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan .




Terima kasih kepada murid - murid yang terlibat .



Sunday 3 April 2011

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR

Pada 2hb April 7 orang pelajar SKPT2 bersama ibubapa masing - masing telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang UPSR , PMR , SPM bertempat di Hotel Flamingo , Ampang . Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique , Ahli Parlimen Setiawangsa.

Acara penyampaian sijil dan wang saguhati .

Tahniah buat 7 orang pelajar yg berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010

Ibubapa juga hadir memberi sokongan atas kejayaan anak-anak

Menunggu Giliran

Thaqif dan ibunya

Nur Iwani dan Ibunya , Puan Rozitah .

Nurul Syafiqah dan ibubapanya

Nurulhusna bersama ibunya .

Nurul Irina bersama ibunya , Puan Rabecca .

Qamilatur Rasis bersama ibubapanya .

Felicity dan keluarganya.


Warga SKPT2 mendoakan kalian berjaya dunia dan akhirat .

Saturday 2 April 2011

Mari Membaca 1 Malaysia

Pada 25hb Mac 2011 yang lalu seramai 40 orang pelajar SKPT2 telah terpilih untuk bersama - sama dalam majlis Mari Membaca 1 Malaysia bersama Datuk Michelle Yeoh bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia .

Semua yang hadir beramai-ramai membaca satu perenggan daripada buku 'Kembara Ke Angkasa ' ... Catatan Memoir Angkasawan Malaysia Pertama .


Beberapa orang pelajar SKPT2 dijemput naik ke pentas untuk turut serta dalam Sesi Motivasi bersama Datuk Michelle Yeoh .

Seperti biasa , sesi bergambar wajib ada sebelum kami bertolak balik ke sekolah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...