Thursday 22 April 2010

Aktiviti Bulan Kreativiti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Kreativiti .


Aktiviti gubahan bunga dari kertas tisu

Murid - murid Tahun 6 melibatkan diri dalam Pertandingan menghasilkan montaj semasa P&P Pend.Seni Visual .

Motivasi Kemahiran Belajar

Pada 20 hb April ( Selasa ) telah diadakan Program Motivasi Kemahiran Belajar bagi murid - murid Tahun 5 & 6 bertempat di dewan sekolah . Penceramah jemputan kali ini ialah Dr.Abdul Aziz Sahat . Pelajar telah didedahkan dengan cara - cara belajar dengan bijak seperti teknik - teknik mengingat / menghafal , pemakanan untuk minda dan banyak lagi ilmu yang berguna terutamanya untuk murid - murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini .

Aktiviti yang bermula dari pukul 1.30 hingga 6.00 petang ini tidak menghampakan , penuh dengan informasi berguna dengan cara penyampaian Dr.Abdul Aziz yang mampu menarik perhatian murid .

Sunday 4 April 2010

Pelancaran Bulan Kreativiti

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Guru Besar , Tuan Haji Samsudin bin Bakar pada 29 Mac 2010 . Aktiviti Bulan Kreativiti akan berlansung sepanjang Bulan April gabungan 3 panitia iaitu Panitia Pend.Seni , PJK dan Muzik .

Upacara perasmian .


Persembahan oleh murid-murid Tahun 5

Aktiviti Minggu PPDa

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu PPDa .

Ceramah oleh wakil ADDK .

Pameran oleh ADDK

Program 5 minit anti Dadah .

Persembahan di majlis penutup.


Puan Rozitah ( GPK Tadbir & Kurikulum ) menyampaikan hadiah kepada para pemenang .

Encik Azlan Desa ( GPK HEM ) dengan rasminya menutup Minggu PPDa tahun 2010. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan . Semoga semua aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua warga SKPT2 dalam menyokong negara membantras Najis Dadah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...