Sunday 15 February 2015

Program i-Think / KBAT






Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 




Bagaimana Program i-Think dilaksanakan ?

1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.

2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar
    pada tahun 2012.

3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara 
    berperingkat-peringkat pada tahun 2013.

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking mapshabits of mindthinking hats, dan Q-matrix charts




Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan
   dan aktif di dalam kelas.

· Aktiviti banyak berpusatkan murid.

· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran 
   dan pengajaran.

· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan 
  sebagai fasilitator.




KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )










Saturday 7 February 2015

Majlis Persaraan Guru Besar


Majlis Persaraan Guru Besar
Puan Che Noryati binti Che Aman
Sabtu 30 Januari 2015
Dewan Sri Tembak SKPT2

Puan Guru Besar diarak masuk ke dewan

Tarian pembukaan

Nyanian lagu 'Guruku Sayang' oleh murid-murid tahun 3

Ucapan GPK1 , Puan Hamidah bt A Rahman , Pengerusi BKGK , Ustaz Sobri bin Ishak dan ucapan ketua pengawas , adik Muhamad Aqiel Danish bin Mohd Yusof.

Ucapan Guru Besar








 Penyampaian cenderahati



Acara menanam pokok

Terima kasih atas kerjasama Moga Motor dalam memeriahkan majlis ini.



Lambaian perpisahan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...