Friday 25 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada hari Jumaat , 25 Februari 2011 . Majlis dimulakan dengan perarakan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bermula dari kantin sekolah hingga ke dewan .



Ucapan oleh Puan Guru Besar .

Forum Maulidur Rasul bersama 2 ahli panel iaitu Ustaz Bahrin bin Harun dan Ustaz Mohd Sobri bin Ishak . Forum dipengerusikan oleh Ustaz Zurazni bin Suhaimi .

Selesai majlis , guru - guru dan pelajar diberikan cenderahati berupa bunga rampai & bunga telur .

Thursday 24 February 2011

Latihan Kebakaran Siri 1 ( 2011 )

Latihan kebakaran pertama bagi tahun 2011 telah dijalankan pada hari Khamis , 24hb Februari 2011 . Latihan kali ini mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Bomba Cawangan Chow Kit .

Sejurus mendengar loceng kecemasan , murid-murid bergegas ke kawasan pehimpunan iaitu padang sekolah mengikut laluan yang ditetapkan .

Guru - guru kelas mengira bilangan murid berdasarkan bilangan kehadiran pada hari tersebut .

Anggota bomba membuat demontrasi cara memadamkan api dengan menggunakan pemadam api yang terdapat di sekolah .

Beberapa orang pelajar juga diberi peluang memadamkan api . Selepas selesai aktiviti di padang , pelajar dan guru - guru berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat tentang keselamatan dan kebakaran oleh Encik Mohd Nor bin Salleh , pegawai bomba dari cawangan Chow Kit.

Warga SK Padang Tembak (2) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam latihan kebakaran kali ini terutamanya pegawai - pegawai bomba dari Cawangan Chow Kit .

Monday 21 February 2011

KBS siri 1 2011


Gambar-gambar sekitar aktiviti Kem Bestari solat yang telah diadakan pada 19 Februari 2011 ( Sabtu ) melibatkan semua murid - murid beragama Islam juga dengan kerjasama semua guru SKPT2 .



Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Tahun .





Saturday 19 February 2011

Gotong-royong pertama 2011


Gambar-gambar sekitar aktiviti gotong royong yang diadakan pada 12 Februari 2011 ( Sabtu ) . Antara tempat yang dibersih dan diceriakan pada hari tersebut ialah Taman Herba , Bilik KH , Bilik SPBT , Makmal komputer , Bilik Sains dan perpustakaan .

Cikgu Haiyazi & Cikgu Shukri sibuk mengemas dan menceriakan bilik KH bersama beberapa orang murid .


Guru-guru dan staf sokongan yang bertugas di perpustakaan dan bilik SPBT .

Aktiviti menceriakan Taman Herba disambung pada 19 Feb 2011 oleh beberapa orang guru & guru pelatih , juga tidak ketinggalan Puan Norzan sendiri ( GB SKPT2 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...