Saturday 28 March 2009

Minggu PPDa

Pada 23 Febuari yang lalu , Jawatankuasa PPDa sekolah telah mengadakan minggu PPDa . Pelancaran minggu PPDa telah dirasmikan oleh Encik Samsudin bin Bakar , Guru Besar SKPT2 .

Tujuan minggu PPDa diadakan adlah untuk meningkatkan pengetahuan , kefahaman , kemahiran PPDa kepada murid , guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah .

Murid Tahun 6 Bestari gigih menyiapkan banner


Pertandingan Mendeklamasi Sajak PPDa

Peserta pertandingan sajak

Beberapa aktiviti untuk murid telah dijalankan . Muird-murid Tahap 1 berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna , sementara murid Tahap 2 pula dapat menyertai pertandingan melukis poster , mendeklamasi sajak , melukis kain rentang ( kelas ) dan kuiz PPDa .

Nurhafiza Khairuddin sedang mendeklamasikan sajak semasa majils peramian minggu PPDa

Sudut PPDa sekolah

Hasil daripada pertandingan melukis poster juga dipamerkan di sini


Laluan PPDa bersebelahan kantin sekolah

Murid Tahun 6 Arif dengan banner yang telah siap dilukis.

Hasil kerja murid 6 Arif

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar . Tahniah kepada yang menang . Kepada yang tidak bernasib baik , cuba lagi di tahun hadapan . Terima kasih kepada semua guru , kakitangan dan murid - murid yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan minggu PPDa sekolah kita . Semoga penyertaan kita , sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah misi Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.

Sunday 22 March 2009

Sukan Tahunan 2009

Sukan Tahunan kali ke 38 telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2009 . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aktiviti dijalankan dalam keadaan padang yang agak mendukacitakan ... disebabkan hujan beberapa hari lepas menyebabkan padang becak seakan berada di sawah padi . namun keadaan ini tidak melemahkan semangat guru dan murid - murid yang mengambil bahagian .

Perbarisan dimulakan dengan perarakan bendera kejohanan oleh Pengakap sekolah .

Rumah kuning


Kontinjen rumah hijau

Juara tahun 2009 jatuh kepada rumah biru .

murid tahun 1 tak ketinggalan dalam acara perbarisan .


Rumah merah muncul juara perbarisan dan juga juara bagi hiasan rumah .



Monday 9 March 2009

Perjumpaan ibubapa murid Tahun 6

Satu perjumpaan ibubapa , guru dan murid telah diadakan pada 21 Feb 2009 . Buat masa ini hanya gambar saja..kak ya akan update kemudian..harap bersabar


Tabung untuk Gaza










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...