Thursday 29 January 2009

Majlis perpisahan mantan GB

Pada 22 Januari 2009 ( Khamis ) yang lalu pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan mantan Guru Besar SKPT2 iaitu Puan Hjh Khalsom bt Hj Ahmad..setelah berkhidmat di sekolah ini selama 8 tahun , beliau ditukarkan ke sekolah baru iaitu SK Sri Rampai..masih di Zon Keramat..beliau nampaknya begitu sedih untuk meninggalkan warga SKPT2 memandangkan hubungan kami agak rapat ..walau tegas ketika menjalankan tugas sebagai pentadbir tetapi masih boleh bertolak ansur dalam pelbagai hal..bukan senang nak menjadi pentadbir yang mempunyai staf yang pelbagai kerenah..

Majlis ini juga untuk perpisahan Ustazah Habibah yang bertukar ke Cheras. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang walau di mana anda berada.

Hadiah daripada BKGK , seutas jam tangan ..disarungkan oleh Puan Rozitah Samsudin ( GPK Tadbir dan Kurikulum ) semasa jamuan perpisahan di kantin sekolah.

Pengusaha kantin juga memberikan cenderahati kepada beliau

Sesi bersalaman dengan murid


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...