Tuesday 24 August 2010

Bulan Patriotisme

Aktiviti sepanjang Bulan Patriotisme

Pertandingan Pakaian Tradisional

Para peserta Partandingan Pakaian Tradisional yang terdiri daripada murid - murid Tahap 1

Selamat Datang


Ucapan Selamat Datang dan Selamat bertugas di SK Padang Tembak (2 ) ditujukan kepada Guru Besar baru kami iaitu Puan Norzan binti Haji Din yang mula berkhidmat di SKPT2 pada 16hb Ogos yang lalu . Semoga kehadiran Puan Guru Besar akan memberi impak yang besar kepada sekolah ini .

Thursday 12 August 2010

Selamat bertugas di tempat baru

Sekali lagi kami akan berganti pentadbir sekolah . Guru besar sekarang , Tuan Hj Samsudin bin Bakar akan bertukar ke SK Wangsa Maju Seksyen 1 mulai Isnin depan ( 16 Ogos ) dan kami akan menerima Guru Besar baru , seorang guru besar wanita yang akan diperkenalkan dalam entry akan datang .

Tuan Haji Samsudin telah berkhidmat di SKPT2 semenjak 16 Dis 2008 hingga 13 Ogos 2010 . Banyak perubahan positif yang telah beliau perkenalkan . Terima kasih atas segala jasa dan bakti Tuan Haji di SKPT2 yang akan sentiasa kami kenang .


Monday 9 August 2010

Salam Ramadhan

Lawatan ke SKBD

Lawatan penanda aras guru-guru SKPT2 ke SK Bukit Damansara , salah satu sekolah berprestasi tinggi di Malaysia telah diadakan pada 9 Ogos 2010 .

Guru - guru dibawa melawat sekitar sekolah .

Persembahan oleh pelajar Tahap 1

Penerangan oleh Guru Besar SKBD , Puan Zalina Jamil

Bergambar bersama guru dan pelajar SKBD.
Terima kasih atas layanan yang diberikan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...