Monday, 28 September 2009

KFC in school







Bulan PSS/ Bulan membaca

Telah dijalankan sepanjang bulan Julai yang lalu ... melibatkan 4 panitia teras iaitu panitia B.Malaysia , B.Inggeris , Matematik dan Sains . Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar mengikut perancangan .





Monday, 11 May 2009

Bulan Dakwah

Diadakan sepanjang bulan April 2009 anjuran Panitia Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan hafazan , tilawah , azan dll. Sambutan yang diberikan amat menggalakkkan .








Saturday, 25 April 2009

Bulan Kreativiti ( Part 2 )

Pada 21 April diadakan aktiviti sepetang membuat origami kemeja . Aktiviti yang melibatkan semua murid SKPT2 dari Tahun 1 - Tahun 6 . Dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan oleh Panitia Pend.Seni Visual .

Murid tahun 2

Hasil Murid Tahun 1




Hasil Kerja Murid Tahun 5


Hasil Murid Tahun 6

Antara origami kemeja yang menarik dan kreatif.

Thursday, 16 April 2009

Bulan Kreativiti ( Part 1 )


Bulan April merupakan Bulan Kreativiti yang dianjurkan oleh tiga panitia iaitu Panitia Pend.Seni , Panitia KH dan Panitia PJK . Untuk kali ini dipaparkan aktiviti yang dijalankan oleh panitia PJK . Pada hari khamis yang lalu telah diadakan senamrobik yang melibatkan semua murid SKPT2.

Satu aktiviti yang menyeronokkan dan mendapat kerjasama semua murid dan guru .






Persembahan senamrobik semasa acara pembukaan Bulan Kreativiti oleh murid-murid Tahun 5 Arif

Saturday, 28 March 2009

Minggu PPDa

Pada 23 Febuari yang lalu , Jawatankuasa PPDa sekolah telah mengadakan minggu PPDa . Pelancaran minggu PPDa telah dirasmikan oleh Encik Samsudin bin Bakar , Guru Besar SKPT2 .

Tujuan minggu PPDa diadakan adlah untuk meningkatkan pengetahuan , kefahaman , kemahiran PPDa kepada murid , guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah .

Murid Tahun 6 Bestari gigih menyiapkan banner


Pertandingan Mendeklamasi Sajak PPDa

Peserta pertandingan sajak

Beberapa aktiviti untuk murid telah dijalankan . Muird-murid Tahap 1 berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna , sementara murid Tahap 2 pula dapat menyertai pertandingan melukis poster , mendeklamasi sajak , melukis kain rentang ( kelas ) dan kuiz PPDa .

Nurhafiza Khairuddin sedang mendeklamasikan sajak semasa majils peramian minggu PPDa

Sudut PPDa sekolah

Hasil daripada pertandingan melukis poster juga dipamerkan di sini


Laluan PPDa bersebelahan kantin sekolah

Murid Tahun 6 Arif dengan banner yang telah siap dilukis.

Hasil kerja murid 6 Arif

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar . Tahniah kepada yang menang . Kepada yang tidak bernasib baik , cuba lagi di tahun hadapan . Terima kasih kepada semua guru , kakitangan dan murid - murid yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan minggu PPDa sekolah kita . Semoga penyertaan kita , sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah misi Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.

Sunday, 22 March 2009

Sukan Tahunan 2009

Sukan Tahunan kali ke 38 telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2009 . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aktiviti dijalankan dalam keadaan padang yang agak mendukacitakan ... disebabkan hujan beberapa hari lepas menyebabkan padang becak seakan berada di sawah padi . namun keadaan ini tidak melemahkan semangat guru dan murid - murid yang mengambil bahagian .

Perbarisan dimulakan dengan perarakan bendera kejohanan oleh Pengakap sekolah .

Rumah kuning


Kontinjen rumah hijau

Juara tahun 2009 jatuh kepada rumah biru .

murid tahun 1 tak ketinggalan dalam acara perbarisan .


Rumah merah muncul juara perbarisan dan juga juara bagi hiasan rumah .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...