Saturday 28 March 2009

Minggu PPDa

Pada 23 Febuari yang lalu , Jawatankuasa PPDa sekolah telah mengadakan minggu PPDa . Pelancaran minggu PPDa telah dirasmikan oleh Encik Samsudin bin Bakar , Guru Besar SKPT2 .

Tujuan minggu PPDa diadakan adlah untuk meningkatkan pengetahuan , kefahaman , kemahiran PPDa kepada murid , guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah .

Murid Tahun 6 Bestari gigih menyiapkan banner


Pertandingan Mendeklamasi Sajak PPDa

Peserta pertandingan sajak

Beberapa aktiviti untuk murid telah dijalankan . Muird-murid Tahap 1 berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna , sementara murid Tahap 2 pula dapat menyertai pertandingan melukis poster , mendeklamasi sajak , melukis kain rentang ( kelas ) dan kuiz PPDa .

Nurhafiza Khairuddin sedang mendeklamasikan sajak semasa majils peramian minggu PPDa

Sudut PPDa sekolah

Hasil daripada pertandingan melukis poster juga dipamerkan di sini


Laluan PPDa bersebelahan kantin sekolah

Murid Tahun 6 Arif dengan banner yang telah siap dilukis.

Hasil kerja murid 6 Arif

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar . Tahniah kepada yang menang . Kepada yang tidak bernasib baik , cuba lagi di tahun hadapan . Terima kasih kepada semua guru , kakitangan dan murid - murid yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan minggu PPDa sekolah kita . Semoga penyertaan kita , sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah misi Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...