Saturday, 14 February 2009

Latihan kebakaran

Pada 12 Februari( Khamis ) diadakan latihan kebakaran kali pertama bagi tahun 2009.... bunyi loceng yang panjang kedengaran pada pukul 4.45 petang... semua murid beratur dan dengan diringi guru yang mengajar ketika itu ke padang sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan .

Murid Tahun 5 turun dari tangga untuk keluar kawasan sekolah.

Mereka dikehendaki melalui kawasan luar sekolah untuk sampai ke padang.

Semua murid berkumpul di padang...Guru kelas melaporkan bilangan murid sama ada cukup atau tidak.

Murid Tahun 2 ni sempat lagi bawak bekal bersama ... :p

Ustaz Zurazni memberikan taklimat.

Rumah Sukan 2009

Rumah Kuning ( Zuhal )
Guru rumah : En.Zurazni , Puan Suzana , En.Mohd Azman , Puan Norhaslina , Puan Zuhasnani dan Puan Noorhayati

Rumah Hijau ( Uranus )
Guru rumah : Ustaz Sobri , En.Hafiz , Puan Shahila , Puan Norliana dan Puan Suhaiza.

Rumah Biru ( Utarid )
Guru rumah : En.Mohd Shukri , Puan Rosma , Puan Norliza , Puan Mahani dan Cik Azeidah

Rumah Merah ( Musytari )
Guru rumah : En.Zulkhairi , En.Haris , Puan Yanti , Puan Hasma , Puan Suhaili dan Puan Aziha.

Thursday, 29 January 2009

Penutup minggu Transisi

Pada 23 Januari lalu diadakan majlis ringkas penutupan minggu Transisi Murid Tahun 1 ...penyampaian hadian untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu transisi..mulai minggu hadapan murid-murid akan belajar ikut jadual seperti biasa.

Guru besar menyampaikan hadian kepada para pemenang...didahului dengan pemenang pertandingan mewarna.


Murid tahun satu seramai 37 orang sahaja.

Ketua kelas 1 Bestari

Yasmeen juga dapat hadiah..terbaik murid perempuan

Pencapaian terbaik murid lelaki sepanjang minggu transisi

Kelas 1 Arif dengan guru kelasnya Puan Hasma

Kelas 1 Bestari dengan guru kelas , Puan Norliza

Majlis perpisahan mantan GB

Pada 22 Januari 2009 ( Khamis ) yang lalu pihak sekolah mengadakan majlis perpisahan mantan Guru Besar SKPT2 iaitu Puan Hjh Khalsom bt Hj Ahmad..setelah berkhidmat di sekolah ini selama 8 tahun , beliau ditukarkan ke sekolah baru iaitu SK Sri Rampai..masih di Zon Keramat..beliau nampaknya begitu sedih untuk meninggalkan warga SKPT2 memandangkan hubungan kami agak rapat ..walau tegas ketika menjalankan tugas sebagai pentadbir tetapi masih boleh bertolak ansur dalam pelbagai hal..bukan senang nak menjadi pentadbir yang mempunyai staf yang pelbagai kerenah..

Majlis ini juga untuk perpisahan Ustazah Habibah yang bertukar ke Cheras. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang walau di mana anda berada.

Hadiah daripada BKGK , seutas jam tangan ..disarungkan oleh Puan Rozitah Samsudin ( GPK Tadbir dan Kurikulum ) semasa jamuan perpisahan di kantin sekolah.

Pengusaha kantin juga memberikan cenderahati kepada beliau

Sesi bersalaman dengan murid


Monday, 19 January 2009

Perlantikan pengawas

Monday Jan 19

Sesampainya di sekolah ..seperti selalu akak akan ambil kesempatan masa yang ada untuk menanda buku latihan murid sebelum kelas bermula..kalau dibiarkan..alamatnya bertimbun la..

Hari yang agak memenatkan..hari ni berlangsungnya majlis perlantikan pengawas..seperti biasa akak ditugaskan untuk merakamkan event majlis tersebut ...nampak senang tapi amat memenat ..ditambah pula dengan cuaca yang agak panas sekarang ni..

Pengawas sekolah..anak sulung kak yan salah sorang daripadanya.

pengawas pusat sumber..ramainya..

pengawas SPBT..Nisha is one of them

Ini pula pengawas jQAF..

Friday, 16 January 2009

Latihan Sukan

Minggu ni latihan sukan sudah bermula..bagi rumah Zuhal ( kuning ) dan Utarid ( biru ) latihan diadakan pada hari Selasa..manakala rumah Musytari ( merah ) dan Uranus ( hijau ) menjalankan latihan pada setiap hari Khamis...

Aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan latihan...diketuai oleh ketua rumah merah..Nurulhuda Sarip..sekarang cuaca masih baik..takut nanti masa sukan padang akan jadi bendang macam tahun lepas...alangkah bagus kalau cuaca kekal panas ..

semua excited bila time sukan...alangkah bagus kalau dalam kelas pun bersemangat macam ni..

Rumah hijau buat latihan acara balapan pagi ni..

Cikgu Rahman dan Saiful ( SKPT1) sedang sibuk buat trek...tentu penat yer cikgu


Latihan lompat tinggi bagi rumah merah..

Latihan bola jaring juga diadakan memandangkan perlawanan bola jaring peringkat zon akan berlangsung pada awal Februari nanti..so sekarang masih dalam proses pemilihan..

Transisi - sukaneka


Murid Tahun 1 masih lagi dalam minggu Transisi...minggu depan kelas kan bermula seperti biasa..pada hari ni diaorang ada sukaneka..seperti biasa akak ditugaskan untuk turut serta ambil gambar...untuk dokumentasi..


Bukan main suka diaorang kalau bab main ni..cute tengok murid-murid tahun 1 sukaneka..



game pertama..menarik bola dengan gelung rotan

ke garisan..sedia..mula!

Game ke dua..bawa bola dalam cone..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...