Wednesday, 6 April 2011

Pelancaran Bulan Kreativiti

Pelancaran Bulan Kreativiti telah diadakan pada 4 April 2011 ( Isnin ) sejurus selepas perhimpuanan mingguan . Bulan Kreativiti akan berlangsung sepanjang April dan pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh ketiga-tiga panitia yang terlibat iaitu Panitia Kemahiran Hidup . Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pend. Jasmani .

Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Norzan binti Hj Din , Guru Besar SK Padang Tembak ( 2 ) .

Persembahan menarik Pergerakan Kreatif oleh murid-murid dari Kelas 4 Arif dibawah pimpinan guru-guru pelatih iaitu Encik Zulhairul , Encik Zulkifley dan Encik Firdaus . Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan .




Terima kasih kepada murid - murid yang terlibat .



Sunday, 3 April 2011

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR

Pada 2hb April 7 orang pelajar SKPT2 bersama ibubapa masing - masing telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang UPSR , PMR , SPM bertempat di Hotel Flamingo , Ampang . Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique , Ahli Parlimen Setiawangsa.

Acara penyampaian sijil dan wang saguhati .

Tahniah buat 7 orang pelajar yg berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010

Ibubapa juga hadir memberi sokongan atas kejayaan anak-anak

Menunggu Giliran

Thaqif dan ibunya

Nur Iwani dan Ibunya , Puan Rozitah .

Nurul Syafiqah dan ibubapanya

Nurulhusna bersama ibunya .

Nurul Irina bersama ibunya , Puan Rabecca .

Qamilatur Rasis bersama ibubapanya .

Felicity dan keluarganya.


Warga SKPT2 mendoakan kalian berjaya dunia dan akhirat .

Saturday, 2 April 2011

Mari Membaca 1 Malaysia

Pada 25hb Mac 2011 yang lalu seramai 40 orang pelajar SKPT2 telah terpilih untuk bersama - sama dalam majlis Mari Membaca 1 Malaysia bersama Datuk Michelle Yeoh bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia .

Semua yang hadir beramai-ramai membaca satu perenggan daripada buku 'Kembara Ke Angkasa ' ... Catatan Memoir Angkasawan Malaysia Pertama .


Beberapa orang pelajar SKPT2 dijemput naik ke pentas untuk turut serta dalam Sesi Motivasi bersama Datuk Michelle Yeoh .

Seperti biasa , sesi bergambar wajib ada sebelum kami bertolak balik ke sekolah .

Thursday, 24 March 2011

Mesyuarat Agung PIBG


Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 yang telah diadakan pada 5 Mac 2011 yang lalu .


Mantan YDP PIBG ... Encik Mohd Fauzi bin Hj Mohd Radzi


Barisan AJK PIBG Sesi 2011/2012

Wednesday, 2 March 2011

Mesyuarat Agung PIBG

Warga SK Padang Tembak (2 ) mengalu-alukan kedatangan ibubapa / penjaga pelajar SK Padang Tembak (2 ) ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...