Wednesday 6 April 2011

Pelancaran Bulan Kreativiti

Pelancaran Bulan Kreativiti telah diadakan pada 4 April 2011 ( Isnin ) sejurus selepas perhimpuanan mingguan . Bulan Kreativiti akan berlangsung sepanjang April dan pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh ketiga-tiga panitia yang terlibat iaitu Panitia Kemahiran Hidup . Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pend. Jasmani .

Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Norzan binti Hj Din , Guru Besar SK Padang Tembak ( 2 ) .

Persembahan menarik Pergerakan Kreatif oleh murid-murid dari Kelas 4 Arif dibawah pimpinan guru-guru pelatih iaitu Encik Zulhairul , Encik Zulkifley dan Encik Firdaus . Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan .




Terima kasih kepada murid - murid yang terlibat .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...