3 November 2010 ( Rabu ) bertempat di Dewan Sri Tembak teah berlangsung Jamuan Perpisahan bagi murid Tahun 6 yang akan meningggalkan alam sekolah rendah dalam 2 minggu lagi .Saturday, 6 November 2010
Malam Seribu Kenangan
3 November 2010 ( Rabu ) bertempat di Dewan Sri Tembak teah berlangsung Jamuan Perpisahan bagi murid Tahun 6 yang akan meningggalkan alam sekolah rendah dalam 2 minggu lagi .Tahniah !
RIMUP & Hari Kanak & Kanak
Thursday, 4 November 2010
Lawatan Sambil Belajar
Pada 1 November ( Isnin ) yang lalu ahli Kelab Rukun Negara bersama murid - murid Tahun 6 telah berpeluang mengikuti rombongan sambil belajar sekitar Kuala Lumpur . Walaupun semua pelajar ini tinggal di Kuala Lumpur , tetapi tidak semua berpeluang melawat ke tempat - tempat menarik sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini dan mengikuti rombongan bersama rakan - rakan adalah satu peluang yang tidak akan mereka lepaskan .
4 tempat yang kami lawati ialah Pusat Sains , Tugu Negara , Taman Burung dan Dataran Merdeka .
Ahli Kelab Rukun Negara bergambar bersama guru penasihat di hadapan Tugu Negara.
Aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan
Gambar aktiviti sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan yang berlangsung sepanjang Bulan Oktober 2010 . Antara aktiviti yang sempat dirakamkan ialah Pertandingan Mewarna .
Wajah ceria murid Tahun 1 mempersembahkan nyanyian mereka
Barisan pengadil yang terdiri daripada Puan Zuhasnani , Puan Norhayati dan Puan Suhaiza.
Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat bagi murid Tahap 2
Tahniah kepada yang menang ... Terima kasih atas sambutan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2 . Semoga ianya dapat membantu dalam memantapkan , memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia .
Saturday, 23 October 2010
Bengkel Penghasilan Folio & Buku Skrap
Pada 22 Oct 2010 ( Jumaat ) telah diadakan Bengkel Penghasilan Folio dan Buku Skrap anjuran PSS , SK Padang Tembak 2 bertempat di makmal komputer sekolah . Pada kali ni pihak sekolah telah menjemput Puan S.Fadilah binti Mohd Salleh , Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sentul untuk memberikan ceramah tentang cara menghasilkan folio dan buku skrap yang menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan .
Bengkel ini dikhususkan kepada murid- murid Tahun 6 yang akan ke sekolah menengah pada tahun hadapan . Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza .
Diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan oleh pelajar di masa akan datang . Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan .
Subscribe to:
Posts (Atom)






























