Thursday 4 November 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada 1 November ( Isnin ) yang lalu ahli Kelab Rukun Negara bersama murid - murid Tahun 6 telah berpeluang mengikuti rombongan sambil belajar sekitar Kuala Lumpur . Walaupun semua pelajar ini tinggal di Kuala Lumpur , tetapi tidak semua berpeluang melawat ke tempat - tempat menarik sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini dan mengikuti rombongan bersama rakan - rakan adalah satu peluang yang tidak akan mereka lepaskan .

4 tempat yang kami lawati ialah Pusat Sains , Tugu Negara , Taman Burung dan Dataran Merdeka .

Bergambar beramai-ramai di hadapan Pusat Sains Negara

Sesi meneroka alam sains di PSN

Menikmati keindahan panorama di Dataran Merdeka bersama guru dan rakan-rakan.

Ahli Kelab Rukun Negara bergambar bersama guru penasihat di hadapan Tugu Negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...