Alhamdulillah , Sukan tahunan kali ke 41 telah berlangsung dengan lancar pada hari Sabtu , 6 Julai 2013 bertempat di padang sekolah . Acara perbarisan masuk kontingen rumah sukan bermula pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan kontingen rumah Utarid ( biru ) yang bertemakan kartun smurfs .
Kontingen rumah Zuhal ( kuning ) gagah memasuki padang dengan tema mereka tahun ni ' cowboy '.
Giliran rumah Musyrati ( merah ) pula dengan tema mereka ' Pendekar Melayu ' . Tahniah rumah Musytari kerana memenangi johan perbarisan bagi kejohanan sukan tahun ini.
Bacaan ikrar kejohanan diketuai oleh adik Sri Nur Bainun binti Fauzi .
Persembahan gimrama oleh murid-murid Tahap 1

Acara penyampaian hadiah
Johan keseluruhan : Rumah Utarid
Naib Johan : Rumah Musytari
Johan Perbarisan : Rumah Musytari
Tempat kedua : Rumah Utarid
Olahragawan : Muhd Nazeem bin Jailani ( Zuhal )
Olahragawati : Sri Nur Bainun bt Fauzi ( Utarid )
No comments:
Post a Comment