Thursday 27 June 2013

Pemantun SKPT2 ke peringkat kebangsaan

 

Pada hari Jumaat yang lalu 21 Jun 2013 , 5 orang pelajar SKPT2 telah ke Jitra Kedah untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan pesta pantun peringkat kebangsaan . Semua kontijen dari 16 buah negeri dan Wilayah Pesekutuan ditempatkan di Darul Aman Suites . Pertandingan bermula pada hari Sabtu 22 Jun dan berakhir pada malam 23 Jun 2013 ( Ahad ).

Pemantun - pemantun daripada 16 buah negeri diarak masuk ke dewan sekolah .

Pertandingan awal hingga ke semi final diadakan di SK Bandar Darul Aman , manakala peringkat akhir diadakan di Institut Aminuddin Baki , Jitra.



Pemantun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya hingga ke peringkat suku akhir . Pada peringkat awal wakil dari SKPT2 ini berjaya menumpaskan pemantun daripada negeri Sabah dan WP Labuan . Kita kurang bernasib baik di peringkat suku akhir dimana WP Kuala Lumpur telah tewas kepada pemantun daripada negeri Perak . Walaupun begitu semua warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian wakil daripada SKPT2 yang telah melakukan yang terbaik . Mereka adalah juara di hati kami .

wakil KL bersama guru pengiring , Puan Mastura .

Wakil-wakil pemantun dari negeri Perak , Kedah , Kelantan dan Sabah .

Juara Pesta Pantun Sekolah Rendah 2013 adalah wakil daripada negeri Kedah . Naib johan adalah wakil daripada negeri Pulau Pinang dan tempat ketiga dikongsi bersama negeri Perak dan Pahang .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...