Sunday 3 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian 1 Murid , 1 Sukan , 1 Malaysia telah berjalan lancar serentak di seluruh Malaysia . SK Padang Tembak (2 ) tidak ketinggalan dalam menjayakan aktiviti ini . Para pelajar , guru - guru dan ibubapa tiba di sekolah seawal 6.30 pagi . Program pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Puan Zuhasnani dan Cik Mastura .

Semua warga sekolah berkumpul di hadapan sekolah dan bersedia untuk berlari tepat pada pukul 7.45 pagi .

Larian bermula dari sekolah dan melalui Kem Kementah , seterusnya berpatah balik ke sekolah .

YDP PIBG dan beberapa AJK turut terlibat dalam memberi sokongan bagi larian yang julung-julung kali diadakan serentak ini .

Majlis diakhiri dengan ucapan dari YDP PIBG dan bacaan perutusan oleh Guru Besar .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...