Thursday 24 February 2011

Latihan Kebakaran Siri 1 ( 2011 )

Latihan kebakaran pertama bagi tahun 2011 telah dijalankan pada hari Khamis , 24hb Februari 2011 . Latihan kali ini mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Bomba Cawangan Chow Kit .

Sejurus mendengar loceng kecemasan , murid-murid bergegas ke kawasan pehimpunan iaitu padang sekolah mengikut laluan yang ditetapkan .

Guru - guru kelas mengira bilangan murid berdasarkan bilangan kehadiran pada hari tersebut .

Anggota bomba membuat demontrasi cara memadamkan api dengan menggunakan pemadam api yang terdapat di sekolah .

Beberapa orang pelajar juga diberi peluang memadamkan api . Selepas selesai aktiviti di padang , pelajar dan guru - guru berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat tentang keselamatan dan kebakaran oleh Encik Mohd Nor bin Salleh , pegawai bomba dari cawangan Chow Kit.

Warga SK Padang Tembak (2) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam latihan kebakaran kali ini terutamanya pegawai - pegawai bomba dari Cawangan Chow Kit .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...