Sunday 23 January 2011

Majlis Pelantikan Pengawas 2011

Alhamdulillah Majlis Pelantikan Pengawas 2011 telah berlangsung dengan lancarnya pada 24hb Januari 2011 ( Isnin ) . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Padang Tembak 2 , Encik Mohd Fouzi bin Hj Mohd Radzi .

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ketua dan Penolong ketua kelas bagi tahun 2011.



Pelantikan Pengawas sekolah . Ketua Pengawas bagi Tahun 2011 ialah Mohd Amir Firdaus bin Mohd Farid dari kelas 6 Arif . Penolong ketua pengawas pula ialah Nur Ainin Sofea bt Mohd Zulkifli juga dari kelas 6 Arif .

Bacaan ikrar para pengawas sesi 2011

YDP PIBG menyampaikan sijil pelantikan kepada pengawas - pengawas sekolah .


Pelantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah . Ketua Pengawas PSS bagi tahun 2011 ialah Abdussyukur bin Miftah dari Kelas 6 Arif .


Puan Rozitah binti Samsudin ( GPK 1 ) menyempurnakan majlis penyampaian sijil pelantikan kepada pengawas PSS .

Para pengawas PSS melafazkan ikrar .

Ikrar oleh para pengawas SPBT yang dilantik bagi tahun 2011 .

Encik Azlan bin Desa ( GPK Hal Ehwal Murid ) menyampaikan sijil pelantikan kepada para pengawas SPBT .

Barisan Pengawas sesi 2011 bersama guru-guru Badan Disiplin dan Pengawas .

Pengawas Pusat Sumber sesi 2011.

Pengawas SPBT sesi 2011 diketuai oleh Nor Izzharul Azim bin Nor Ramli dari kelas 6 Bestari .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...