Alhamdulillah Majlis Pelantikan Pengawas 2011 telah berlangsung dengan lancarnya pada 24hb Januari 2011 ( Isnin ) . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Padang Tembak 2 , Encik Mohd Fouzi bin Hj Mohd Radzi .
Pelantikan Pengawas sekolah . Ketua Pengawas bagi Tahun 2011 ialah Mohd Amir Firdaus bin Mohd Farid dari kelas 6 Arif . Penolong ketua pengawas pula ialah Nur Ainin Sofea bt Mohd Zulkifli juga dari kelas 6 Arif .
YDP PIBG menyampaikan sijil pelantikan kepada pengawas - pengawas sekolah .
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah . Ketua Pengawas PSS bagi tahun 2011 ialah Abdussyukur bin Miftah dari Kelas 6 Arif .
Puan Rozitah binti Samsudin ( GPK 1 ) menyempurnakan majlis penyampaian sijil pelantikan kepada pengawas PSS .
Encik Azlan bin Desa ( GPK Hal Ehwal Murid ) menyampaikan sijil pelantikan kepada para pengawas SPBT .
Barisan Pengawas sesi 2011 bersama guru-guru Badan Disiplin dan Pengawas .











Pada 17 Januari 2011 ( Isnin ) telah diadakan Orientasi Tahun 4 bertempat di makmal komputer sekolah .
Program ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid Tahun 4 mendapat kefahaman yang lebih baik tentang situasi pembelajaran yang baru . Ia juga memberi pendedahan tentang subjek - subjek baru dan perubahan format yang akan dipelajari di Tahap 2 . Antara guru yang terlibat adalah Puan Hasma , Puan Aziha , Encik Mohd Azman dan En.Mohd Shukri .
Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SKPT2 ... guru - guru dan para pelajar . Selamat datang warga baru SKPT2 ... murid - murid Tahun satu sesi 2011. Semoga tahun 2011 menjanjikan kita kejayaan yang lebih baik .
Majlis perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Mohd Farish .
Guru besar menyampaikan ucapan dan pesanan pertama tahun 2011 buat semua pelajar SKPT2.
