Friday 4 June 2010

Penutup Bulan Salam & Senyum

Pada Jumaat 4 Jun 2010 telah diadakan majlis penutup Bulan Salam & Senyum . Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan tersebut . Antaranya pertandingan mewarna , melukis logo , melukis poster , sajak dan buku skrap . Majlis perasmian penutupan Bulan Salam dan Senyum telah disempurnakan oleh Guru Besar , Tuan Haji Samsudin bin Bakar .

Persembahan tarian memeriahkan lagi majlis penutupan tersebut . Majlis penyampaian hadiah telah diadakan . Tahniah kepada pelajar yang berjaya ... yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun hadapan .

Adik Fakrurazi dinobatkan sebagai Tokoh Budi Bahasa Tahap 2 ( L ) manakala adik Felicity Avila sebagai Tokoh Budi Bahasa ( P ).

Adik Izwan Fitri juga berjaya sebagai Tokoh Budi Bahasa Tahap satu ( L )

Manakala adik Yasmeen Nuraisyah pula sebagai Tokoh Budi Bahasa Tahap satu ( P )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...