Thursday, 29 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014


Sambutan Hari Guru Peringkat SKPT2
Tarikh : 27 Mei 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Sri Tembak


Bacaan doa , Ucapan Guru Besar , Ucapan ketua murid dan bacaan perutusan .

Bacaan ikrar guru di ketuai oleh Pengerusi BKGK , Ustaz Mohd Sobri bin Ishak

Nyanyian lagu tema dan lagu Kami Guru Malaysia .

Penyampaian cenderahati oleh PIBG dan Guru Besar SKPT2



Sesi bersalaman dengan guru dan penyampaian hadiah oleh pelajar .

Anugerah khas guru

Penyampaian hadiah acara berkumpulan

Persembahan murid

jamuan guru

Persembahan guru







Acara permainan
















Monday, 26 May 2014

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj



Program Israk & Mikraj 
Anjuran bersama :
SK Padang Tembak 1 & 2

23 Mei 2014 ( Jumaat )


Persembahan oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Ampang








 Selesai majlis , para pelajar dan guru - guru dihidangkan dengan nasi beriani sumbangan Restoran Ali Maju . Terima kasih diucapkan .

Friday, 2 May 2014

Pertandingan Pesta Pantun peringkat Negeri


Pertandingan Pesta Pantun peringkat WPKL
Tarikh : 23 April 2014
Tempat : SK Wangsa Melawati


Beraksi semasa Pantun pengenalan

Pemantun SKPT2 sedang berjuang

pusingan separuh akhir 


bersama rakan-rakan seperjuangan

Pemantun SKPT2 telah berjaya menjadi naib johan peringkat negeri .

Adik Yasmeen Nuraisyah telah dipilih sebagai pemantun terbaik keseluruhan.


Pemantun-pemantun SKPT2 bersama jurulatih mereka , Puan Mastura dan guru-guru yang turut hadir untuk memberi semangat  . Syabas diucapankan . Semoga kita beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang .





Wednesday, 16 April 2014

Johan Pesta Pantun Wilayah keramat 2014




Pemantun - pemantun SKPT2 memperkenalkan diri mereka sebelum mula berbalas pantun .

Pusingan awal dijalankan di tiga tempat iaitu , bilik media , kelas 6 Arif dan di dewan sekolah .

Di hari petama , pasukan berpakaian serba oren /jingga





 
Ketibaan tetamu jemputan .


 
Acara penyampaian hadiah.

Tahniah pemantun SKPT2 sekali lagi telah menjadi johan Pesta Pantun Wilayah Keramat dan adik yasmeen Nuraisayah telah mengulangi kejayaannya untuk bergelar pemantun terbaik bagi 2 tahun berturut-turut .







Tuesday, 18 March 2014

Selamat Datang Pentadbir Baru


Warga SK Padang Tembak 2 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru , Puan Che Noryati binti Che Aman yang memulakan perkhidmatan beliau di SKPT2 mulai 11 Mac yang lalu . Selamat datang diucapkan . 


Saturday, 15 March 2014

Selamat bertugas di tempat baru


Puan Norzan binti Haji Din , Guru besar SK Padang Tembak 2 telah bertukar ke SK Kampung Baru mulai 10 Mac 2014 setelah berkhidmat di SKPT2 selama 3 tahun 7 bulan . Seluruh warga sekolah amat merasai kehilangan beliau . Beliau seorang pentadbir yang komited terhadap tugasnya dan pemurah . Kami mendoakan agar puan akan terus cemerlang di sekolah baru .


Jamuan perpisahan yang dianjurkan oleh BKGK SKPT2 pada 15 Mac 2014 bertempat di kantin sekolah .


Sumbangan daripada BKGK disampaikan oleh Ustaz Mohd Sobri selaku Pengerusi BKGK.

Gotong - royong perdana 2014

PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA TAHUN 2014

TARIKH :  22 FEBRUARI 2014
HARI : SABTU
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

 laluan di blok B sebelum diceriakan

Pada 22 Februari yang lalu telah diadakan program gotong-royong perdana yang melibatkan warga sekolah dan PIBG SK Padang Tembak 2. Kawasan yang terlibat pada gotong-royong kali ini adalah Taman Herba , Laluan Blok B , surau dan padang sekolah . Berikut adalah gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut .

surau sebelum dicat 









kaum bapa gigih mengecat surau

proses menceriakan laluan di Blok B











Taman herba diceria dengan warna-warna tayar yang lebih terang .

staf pejabat juga hadir melibatkan diri .. terima kasih 

murid-murid juga membantu menceriakan sekolah 


Terima kasih atas kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong kali ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...