Majlis perlantikan rasmi ketua dan penolong ketua kelas telah dijalankan pada 26 April 2010 ( Isnin ) bertempat di dewan sekolah . Seramai 12 orang ketua kelas dan 12 orang penolong ketua kelas telah dilantik secara rasminya dan mendapat sijil perlantikan pada hari tersebut .
Selain pengawas, ketua kelas juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan murid mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan, terutama ketika berada di dalam kelas . Ketua kelas lazimnya dilantik oleh guru dan rakan sekelas berdasarkan kemampuannya memikul tanggungjawab untuk mengawal murid lain dalam sesebuah kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna .
Antara tugas dan peranan ketua kelas ialah mengetuai murid ketika menjalankan sebarang aktiviti dalam kelas, mengawal disiplin murid ketika ketiadaan guru, menyelia kebersihan serta keceriaan kelas serta membantu guru mengedar dan memungut buku latihan.
No comments:
Post a Comment