Pada 20 hb April ( Selasa ) telah diadakan Program Motivasi Kemahiran Belajar bagi murid - murid Tahun 5 & 6 bertempat di dewan sekolah . Penceramah jemputan kali ini ialah Dr.Abdul Aziz Sahat . Pelajar telah didedahkan dengan cara - cara belajar dengan bijak seperti teknik - teknik mengingat / menghafal , pemakanan untuk minda dan banyak lagi ilmu yang berguna terutamanya untuk murid - murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini .
Aktiviti yang bermula dari pukul 1.30 hingga 6.00 petang ini tidak menghampakan , penuh dengan informasi berguna dengan cara penyampaian Dr.Abdul Aziz yang mampu menarik perhatian murid .
No comments:
Post a Comment