Tuesday 18 March 2014

Selamat Datang Pentadbir Baru


Warga SK Padang Tembak 2 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru , Puan Che Noryati binti Che Aman yang memulakan perkhidmatan beliau di SKPT2 mulai 11 Mac yang lalu . Selamat datang diucapkan . 


Saturday 15 March 2014

Selamat bertugas di tempat baru


Puan Norzan binti Haji Din , Guru besar SK Padang Tembak 2 telah bertukar ke SK Kampung Baru mulai 10 Mac 2014 setelah berkhidmat di SKPT2 selama 3 tahun 7 bulan . Seluruh warga sekolah amat merasai kehilangan beliau . Beliau seorang pentadbir yang komited terhadap tugasnya dan pemurah . Kami mendoakan agar puan akan terus cemerlang di sekolah baru .


Jamuan perpisahan yang dianjurkan oleh BKGK SKPT2 pada 15 Mac 2014 bertempat di kantin sekolah .


Sumbangan daripada BKGK disampaikan oleh Ustaz Mohd Sobri selaku Pengerusi BKGK.

Gotong - royong perdana 2014

PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA TAHUN 2014

TARIKH :  22 FEBRUARI 2014
HARI : SABTU
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

 laluan di blok B sebelum diceriakan

Pada 22 Februari yang lalu telah diadakan program gotong-royong perdana yang melibatkan warga sekolah dan PIBG SK Padang Tembak 2. Kawasan yang terlibat pada gotong-royong kali ini adalah Taman Herba , Laluan Blok B , surau dan padang sekolah . Berikut adalah gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut .

surau sebelum dicat 









kaum bapa gigih mengecat surau

proses menceriakan laluan di Blok B











Taman herba diceria dengan warna-warna tayar yang lebih terang .

staf pejabat juga hadir melibatkan diri .. terima kasih 

murid-murid juga membantu menceriakan sekolah 


Terima kasih atas kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong kali ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...