Saturday 22 February 2014

Program Kitar Semula 2014

Pelancaran Program Kitar Semula bagi tahun 2014


Pengacara majlis 



Ucapan perasmian oleh guru besar

Gimik perasmian program kitar semula

Tayangan video pendek berkaitan kitar semula .

Untuk makluman semua warga sekolah , aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula akan dijalankan pada hari Khamis minggu pertama pada setiap bulan . Ibubapa/penjaga bolehlah membenarkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan membawa barang-barang tersebut ke sekolah pada hari yang ditetapkan . Hasil jualan bahan kitar semula ini akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti pelajar SKPT2 . penglibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Saturday 1 February 2014

Selamat bertugas di tempat baru CikGu Haiyazi




Maaf atas kelewatan entry ini ... Tahun 2014 SKPT2 telah kehilangan seorang cikgu yang amat disenangi oleh semua warga & bekas pelajar SKPT2 . Permohonan Cikgu Haiyazi Muhiddin untuk bertukar ke negeri kelahirannya telah diluluskan . Kami mendoakan Cikgu Haiyazi dan isteri akan meneruskan kecemerlangan mereka di sekolah baru di negeri Perlis . 


Cikgu Haiyazi bersama teman baiknya.

Guru yang amat dikasihi oleh semua pelajar ... 

Kehilangan teman jurukamera amat dirasai . Terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini.





Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2014


PENCERAMAH JEMPUTAN :
Ustaz Ahmad Shahrul Nizam Al-Hadromi
  Pengerusi Darul muhibbin , Kuala Lumpur



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...