Thursday 27 June 2013

Pemantun SKPT2 ke peringkat kebangsaan

 

Pada hari Jumaat yang lalu 21 Jun 2013 , 5 orang pelajar SKPT2 telah ke Jitra Kedah untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan pesta pantun peringkat kebangsaan . Semua kontijen dari 16 buah negeri dan Wilayah Pesekutuan ditempatkan di Darul Aman Suites . Pertandingan bermula pada hari Sabtu 22 Jun dan berakhir pada malam 23 Jun 2013 ( Ahad ).

Pemantun - pemantun daripada 16 buah negeri diarak masuk ke dewan sekolah .

Pertandingan awal hingga ke semi final diadakan di SK Bandar Darul Aman , manakala peringkat akhir diadakan di Institut Aminuddin Baki , Jitra.



Pemantun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berjaya hingga ke peringkat suku akhir . Pada peringkat awal wakil dari SKPT2 ini berjaya menumpaskan pemantun daripada negeri Sabah dan WP Labuan . Kita kurang bernasib baik di peringkat suku akhir dimana WP Kuala Lumpur telah tewas kepada pemantun daripada negeri Perak . Walaupun begitu semua warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian wakil daripada SKPT2 yang telah melakukan yang terbaik . Mereka adalah juara di hati kami .

wakil KL bersama guru pengiring , Puan Mastura .

Wakil-wakil pemantun dari negeri Perak , Kedah , Kelantan dan Sabah .

Juara Pesta Pantun Sekolah Rendah 2013 adalah wakil daripada negeri Kedah . Naib johan adalah wakil daripada negeri Pulau Pinang dan tempat ketiga dikongsi bersama negeri Perak dan Pahang .

Thursday 20 June 2013

SKPT2 sebagai tuan rumah Pesta Pantun Sekolah - Sekolah Rendah Wil.Keramat


Pada 17 Jun 2013 ( Isnin ) yang lalu , SKPT telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat , Kuala Lumpur . Alhamdulillah majlis telah berjalan lancar .

 Wakil-wakil pemantun dan guru pempimbing mula mendaftar seawal 7.30 pagi .

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Bahrin bin Harun .. seterusnya ucapan alu-aluan oleh Guru Besar , Puan Norzan binti Haji Din .

 Pertandingan peringkat awal dijalan didua tempat iaitu di dewan sekolah dan di bilik media . Di  pusingan ini pemantun-pemantun daripada SKPT2 telah berjaya menewaskan pemantun daripada SKPT1 dan melayakkan SKPT2 ke pusingan seterusnya .

 Pertandingan yang diadakan di bilik media.

 SKPT2 juga telah memenangi pusingan separuh akhir dan mara ke pusingan akhir  .

 Pusingan akhir .

Ketibaan tetamu jemputan .

Majlis penyampaian hadiah .

penyampaian cenderahati kepada para hakim .

Pemantun-pemantun daripada SKPT2 telah menjadi juara Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat yang julung-julung kali diadakan .

Pemantun-pemantun sekolah bersama jurulatih mereka iaitu Ustaz Zurazni dan Cikgu Haiyazi .


Adik yasmeen Nuraisyah binti Jamal Ali telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik bagi pertandingan ini .


Para pemenang bergambar bersama tetamu jemputan.


Penari-penari manis SKPT2 bergambar bersama guru pembimbing mereka iaitu Cikgu Azeidah dan Cikgu Hasma .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...