Wednesday 24 April 2013

Bulan Kreativiti 2013


Bulan April adalah bulan kreativiti bagi SKPT2 ... sepanjang bulan ini dijalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh 3 panitia iaitu Panitia Pend.Seni , Panitia KH dan Panitia PJK . Berikut adalah gambar-gambar aktiviti Pantia Pend.Seni yang sempat cikgu  rakamkan  .

Aktiviti membuat kad hari lahir oleh murid tahun 2 .

antara kad-kad yang dihasilkan


aktiviti 'sand art ' oleh murid tahun 3




aktiviti membuat terompah oleh murid tahun 4

aktiviti menghasilkan ulat ceria daripada bekas telur



Bilik seni juga telah diceriakan dengan info terkini dan hasil kerja murid 

burung hantu daripada kertas warna yang telah dihasilkan oleh murid tahun 2 dan 5 telah menceriakan sudut sebelah papan tulis.

hasil kerja murid dipamerkan di papan kenyataan 


Terima kasih dan Tahniah

Terima kasih cikgu ucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam pembikinan klip video untuk pertandingan ePPDa . 

maaf cikgu tak ada gambar terkini .. gambar arkib tahun lepas 

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengawas SKPT2 , adik Ain Sofena kerana sekali lagi menjadi johan pertandingan bercerita Wilayah Keramat bagi tahun 2013 .





Aktiviti Gotong - royong 2013



Pada hari sabtu yang lalu , 20hb April 2013 telah berlangsung aktiviti gotong - royong yang melibatkan warga sekolah dan PIBG . Semua yang hadir dibahagikan kepada 6 kumpulan . 

Bersenam sikit dahulu sebelum memulakan tugas masing-masing .




Menceriakan semula Taman Herba .... banyak pokok yang baru ditanam . Harap-harap dapat hidup subur dan membuahkan hasil .


 guru-guru , kaum ibu dan pustakawan mengemas perpustakaan sekolah .

 tapak tanaman sayur di belakang Bilik Kemahiran Hidup .

Mengemas dan menyusun semula alatan di Bilik Arena dan stor sukan .

Petugas DBKL juga turut hadir untuk mengangkut barang-barang yang hendak dibuang .. terima kasih diucapkan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...