Sunday 23 January 2011

Majlis Pelantikan Pengawas 2011

Alhamdulillah Majlis Pelantikan Pengawas 2011 telah berlangsung dengan lancarnya pada 24hb Januari 2011 ( Isnin ) . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Padang Tembak 2 , Encik Mohd Fouzi bin Hj Mohd Radzi .

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ketua dan Penolong ketua kelas bagi tahun 2011.



Pelantikan Pengawas sekolah . Ketua Pengawas bagi Tahun 2011 ialah Mohd Amir Firdaus bin Mohd Farid dari kelas 6 Arif . Penolong ketua pengawas pula ialah Nur Ainin Sofea bt Mohd Zulkifli juga dari kelas 6 Arif .

Bacaan ikrar para pengawas sesi 2011

YDP PIBG menyampaikan sijil pelantikan kepada pengawas - pengawas sekolah .


Pelantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah . Ketua Pengawas PSS bagi tahun 2011 ialah Abdussyukur bin Miftah dari Kelas 6 Arif .


Puan Rozitah binti Samsudin ( GPK 1 ) menyempurnakan majlis penyampaian sijil pelantikan kepada pengawas PSS .

Para pengawas PSS melafazkan ikrar .

Ikrar oleh para pengawas SPBT yang dilantik bagi tahun 2011 .

Encik Azlan bin Desa ( GPK Hal Ehwal Murid ) menyampaikan sijil pelantikan kepada para pengawas SPBT .

Barisan Pengawas sesi 2011 bersama guru-guru Badan Disiplin dan Pengawas .

Pengawas Pusat Sumber sesi 2011.

Pengawas SPBT sesi 2011 diketuai oleh Nor Izzharul Azim bin Nor Ramli dari kelas 6 Bestari .

Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6

Satu perjumpaan antara guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 21 Januari 2011 ( Sabtu ) bertempat di dewan sekolah .

Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG , Encik Mohd Fouzi bin Hj Mohd Radzi

Guru-guru Tahun 6 memberi penerangan tentang subjek-subjek UPSR , perkembangan pelajar dan cadangan berserta tips untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam UPSR akan datang .


Alhamdulillah majlis telah berjalan lancar dan diharap semua pihak mendapat manfaat daripada majlis perjumpaan tersebut .

Wednesday 19 January 2011

Orientasi Tahun 4

Pada 17 Januari 2011 ( Isnin ) telah diadakan Orientasi Tahun 4 bertempat di makmal komputer sekolah .


Program ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid Tahun 4 mendapat kefahaman yang lebih baik tentang situasi pembelajaran yang baru . Ia juga memberi pendedahan tentang subjek - subjek baru dan perubahan format yang akan dipelajari di Tahap 2 . Antara guru yang terlibat adalah Puan Hasma , Puan Aziha , Encik Mohd Azman dan En.Mohd Shukri .

Thursday 6 January 2011

Hari Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SKPT2 ... guru - guru dan para pelajar . Selamat datang warga baru SKPT2 ... murid - murid Tahun satu sesi 2011. Semoga tahun 2011 menjanjikan kita kejayaan yang lebih baik .

Majlis perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Mohd Farish .

Guru besar menyampaikan ucapan dan pesanan pertama tahun 2011 buat semua pelajar SKPT2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...