Friday 31 December 2010

Orientasi Tahun 1

Warga SKPT2 mengucapkan selamat datang kepada ahli baru keluarga kami bagi tahun 2011 . Hari ini merupakan Hari Orientasi bagi murid-murid Tahun 1 . Alhamdulillah majlis berjalan lancar mengikut perancangan .

Murid-murid dibawa ke kelas .

Para ibu bapa diberikan taklimat di dewan dan diikuti dengan proses penyerahan borang maklumat murid dan lain-lain di empat kaunter yang sediakan .

Kaunter 2 kelolaan Ustazah Suhaili & Cik Mastura

Murid-murid dibawa meninjau dan mengenali bilik-bilik/kawasan sekeliling sekolah .

Aktiviti di dalam kelas


Aktiviti mewarna

Tidak ada seorang pun daripada murid-murid Tahun 1 ini yang menangis pada hari orientasi tersebut .. Kesemuanya kelihatan ceria dan gembira memasuki alam sekolah rendah .

Tuesday 28 December 2010

Selamat bertugas di tempat baru

Guru - guru yang akan bertukar ke sekolah baru pada sesi 2011 . Selamat bertugas di tempat baru kami ucapkan .

Puan Mahani binti Ismail
18/06/2001 - Dis 2010
bertukar ke Pulau Pinang

Puan Shahila binti Mahmood
10/07/2006 - Dis 2010
bertukar ke negeri Selangor

Puan Suhaiza binti Mat Rozali
03/01/2007 - Dis 2010
Bertukar ke Shah Alam , Selangor

Encik Abdul Rahman bin Alang Abdul Shuker
17/01/2008 - Dis 2010
bertukar ke negeri Perak

Segala budi dan bakti yang dicurahkan di SKPT2 akan kami kenang selamanya . Semoga lebih cemerlang di sekolah baru . Jika rindu , datang la jenguk kami di sini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...