Saturday 23 October 2010

Bengkel Penghasilan Folio & Buku Skrap

Pada 22 Oct 2010 ( Jumaat ) telah diadakan Bengkel Penghasilan Folio dan Buku Skrap anjuran PSS , SK Padang Tembak 2 bertempat di makmal komputer sekolah . Pada kali ni pihak sekolah telah menjemput Puan S.Fadilah binti Mohd Salleh , Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sentul untuk memberikan ceramah tentang cara menghasilkan folio dan buku skrap yang menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan .

Bengkel ini dikhususkan kepada murid- murid Tahun 6 yang akan ke sekolah menengah pada tahun hadapan . Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza .

Antara hasil kreativiti pelajar yang ditonjolkan pada bengkel tersebut .

Diharap ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan oleh pelajar di masa akan datang . Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan .

Wednesday 20 October 2010

Sidang Redaksi

Barisan Sidang Redaksi Majalah sekolah bagi Tahun 2010 diketuai oleh Cik Noor Azeidah bt Abdullah .


Diharap kesinambungan majalah IMEJ dapat diteruskan walaupun bilangan murid semakin mengecil dan kos penerbitan yang semakin meningkat saban tahun .

Bulan Bahasa Kebangsaan


Pada 11 October ( Isnin ) telah diadakan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SKPT2 , Puan Norzan binti Haji Din .


Puan Rohani selaku penyelaras memberi taklimat tentang aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 . Antaranya :

* Pertandingan nyanyian lagu kanak-kanak
* Pertandingan Pantun
* Pertandingan Puisi

Friday 1 October 2010

Penutup Bulan Patriotisme

Jumaat 01 Oktober 2010

Gambar - gambar sekitar majlis penutup Bulan Patriotisme yang diadakan di dewan sekolah . Pada pagi ini diadakan acara akhir pertandingan pakaian tradisional dan karaoke lagu-lagu patriotik .

Acara penyampaian hadiah bagi pelbagai pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan Patriotisme . Antaranya pertandingan mencipta kad , mewarna , karaoke , pakaian tradisional dan kuiz .

Persembahan lagu kanak-kanak oleh pelajar 5 Arif hasil bimbingan Puan Hasma Abdul Hamid .

Bacaan ikrar Rukun Negara diketuai oleh Ketua Pengawas , adik Nurulhusna binti Jamal Ali

Nyanyian beberapa lagu-lagu patriotik bertemakan kemerdekaan .

Penyerahan Tugas

Pada 30 September 2010 ( Khamis ) telah berlansung majlis penyerahan tugas antara mantan Guru Besar , Tuan Haji Samsudin bin Bakar dan Guru Besar Baru SK Padang Tembak ( 2 ) , Puan Norzan binti Hj Din . Turut serta dimajlis tersebut 2 orang pegawai dari JPWP .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...