Wednesday 26 May 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar

Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar telah diadakan pada 21-22 Mei 2010 (Jumaat & Sabtu ) bertempat di SKPT2 melibat semua pengawas sekolah . Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar .

Taklimat oleh Kem Komandan .

Sesi tunjuk cara pemasangan khemah .

Sesi LDK oleh penceramah jemputan .

Khemah pelajar lelaki ditempatkan berhadapan makmal komputer .

Khemah pelajar perempuan pula di tempatkan di pavillion .





Solat Hajat Tahun 6

Pelajar - pelajar tahun 6 bersama - sama ibubapa dan guru SKPT2 telah mengadakan solat hajat bertempat di Masjid Solihin , Pulapol . Majlis yang dianjurkan bersama SK Polis Depot dan SK Padang Tembak ( 1 ).


Saturday 15 May 2010

Selamat Hari Guru


Gotong Royong Perdana

Seperti mana sekolah lain di seluruh Malaysia , SKPT2 tidak ketinggalan mengadakan Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua guru , PIBG dan pelajar yang sudi hadir membantu . Aktiviti dimulakan dengan senaman Poco poco diketuai oleh Cikgu Abdul Rahman dan murid - murid tahun 6 .

Antara pelajar yang hadir pada hari ini .

Taklimat ringkas oleh Guru Besar

Kumpulan guru , ibubapa & pelajar yang mengemas Pusat Sumber yang baru dinaik taraf .

Pelajar - pelajar yang membantu guru di kawasan hadapan sekolah .


Ustazah Suhaili dan beberapa orang pelajar mengemas Surau sekolah .

Terima kasih Arif dan Aiman sudi mencuci kolah tempat wuduk ... banyak pahala ni

Guru - guru yang bertugas di kawasan pelupusan

Puan Suhaiza dan pelajar di tapak letak kereta .

AJK PIBG membantu di Pusat Sumber .

Kawasan kolam diberikan wajah baru .

Staf sokongan menceriakan pejabat .

KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANGKAN TENAGA , BUDI DAN KERINGAT ANDA AMAT KAMI HARGAI .

TERIMA KASIH DAUN KELADI





Friday 14 May 2010

Tahniah


Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih SK Padang Tembak (2) atas kejayaan merangkul kembali kejuaraan sofbol MSSMWP.

keputusan penuh separuh akhir dan akhir :

SKPT2 vs SK Wangsa Jaya : 5-4

Akhir

SKPT2 vs sk AU Keramat : 19-9

Tahniah untuk semua

Wednesday 12 May 2010

Kempen Kitar Semula

Pada 10 Mei 2010 ( Isnin ) bermulanya Kempen Kitar Semula peringkat SK Padang Tembak ( 2 ). Pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Mohd Fouzi bin Mohd Radzi bertempat di dewan sekolah .



Tong Kitar Semula ... juga merupakan tong-tong yang diguna semula .




Murid dan guru yang bertugas mengumpulkan bahan kitar semula iaitu kertas , tin aluminium dan botol plastik .. kelas yang membuat pungutan yang terbanyak akan diberikan hadiah . Sambutan yang diberikan amat menggalakkan . Syabas murid - murid SKPT2 .


Pungutan bahan kitar semula akan dibuat pada setiap hari Khamis sehingga kempen ini berakhir pada bulan Oktober .

Wednesday 5 May 2010

Duta Nilam

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Duta Nilam SKPT2 bagi tahun 2010
Mutia Abidah binti Syafii ( 3 Arif )


Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca .


Anugerah nilam bagi bulan Mac-April 2010





Kempen Salam & Senyum

Perlantikan Ketua & Penolong Ketua Kelas Sesi 2010

Majlis perlantikan rasmi ketua dan penolong ketua kelas telah dijalankan pada 26 April 2010 ( Isnin ) bertempat di dewan sekolah . Seramai 12 orang ketua kelas dan 12 orang penolong ketua kelas telah dilantik secara rasminya dan mendapat sijil perlantikan pada hari tersebut .


Selain pengawas, ketua kelas juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan murid mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan, terutama ketika berada di dalam kelas . Ketua kelas lazimnya dilantik oleh guru dan rakan sekelas berdasarkan kemampuannya memikul tanggungjawab untuk mengawal murid lain dalam sesebuah kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna .

Antara tugas dan peranan ketua kelas ialah mengetuai murid ketika menjalankan sebarang aktiviti dalam kelas, mengawal disiplin murid ketika ketiadaan guru, menyelia kebersihan serta keceriaan kelas serta membantu guru mengedar dan memungut buku latihan.

Bacaan ikrar oleh salah seorang wakil ketua kelas .

Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin . Terima kasih atas khidmat anda semua .





Kempen Menabung oleh BSN


Pada 21hb April 2010 ( Rabu ) wakil daripada Bank Simpanan Nasional telah berkunjung ke SKPT2 dan memberikan taklimat ringkas tentang Kelab Menabung Muda BSN .



Sambutan daripada murid - murid agak menggalakkan .

AJK PIBG 2010 /2011


PENASIHAT
TUAN HAJI SAMSUDIN BIN BAKAR
( GURU BESAR SKPT2 )

YANG DIPERTUA PIBG
ENCIK MOHD FOUZI BIN MOHD RADZI

NAIB YANG DIPERTUA PIBG
MEJAR AHMAD KAMAR BIN ABDUL GHANI

SETIAUSAHA
PUAN NORHAYATI BNTI MOHD YUSOF

NAIB SETIAUSAHA
PUAN NOORMI BINTI YOB

BENDAHARI
PUAN SUZANA BINTI JASRUNI

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK SALLEH BIN JAMIL
ENCIK CHANDRASEKAKARAN A/L RAMALU
ENCIK SARIP BIN AZIZ
ENCIK ABD RAHMAN BIN ALANG ABD SHUKER
ENCIK MOHD SOBRI BIN ISHAK
PUAN FAUZIAH BIN HASAN
PUAN NORLIZA BIN RAMLI
PUAN ASYABIMA BINTI ABDULLAH
PUAN NORHASLINA BINTI ZULKIFLI
CIK NOOR AZEIDAH BINTI ABDULLAH

JURUAUDIT
ENCIK AZMI BIN BORHAN
PUAN YANTI BINTI MAT ISA







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...