Tuesday 23 March 2010

Kejohanan Sukan Tahunan 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SKPT2 telah diadakan pada 13 Mac 2010 bertempat di padang sekolah . Acara perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Mohd Fouzi bin Mohd Radzi.

Bacaan ikrar diketuai oleh adik Raimi Rusyaidi bin Rokaimie

Pasukan Rumah merah ( Musytari )

Perbarisan masuk rumah kuning ( Zuhal )

Tahniah Rumah hijau ( Uranus ) ..juara perbarisan kali ini .

Rumah Biru ( Utarid )

Perarakan 1 Malaysia

Persembahan Senamrobik

Acara tarik tali ( lelaki ) diungguli oleh rumah Uranus

Bagi kategori perempuan pula telah dimenangi oleh Rumah Musytari.


Cik Noor Azeidah ( ketua rumah Utarid ) .... Juara keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan sukan tahunan kali ke 39 .

Puan Shahila mewakili rumah Uranus menerima hadiah johan perbarisan .


Olahragawan sukan kali ini jatuh kepada adik Mohamad Nazmirul Aiman bin Mohd Najib.


Olahragawati pula ialah adikKhatijah binti Mohd Ibrahim.

Tahniah diucapkan kepada semua yang menang . Kepada yang kalah ..usah berputus asas . Cuba lagi di kejohanan yang akan datang . Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SKPT2 .

Friday 19 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul

SKPT2 telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada hari Rabu 10 March 2010 .



Wednesday 10 March 2010

Minggu PPDa 2010


Pelancaran minggu PPDa SKPT2 telah disempurnakan oleh Guru Besar , Tuan Haji Samsudin pada 8 Mac 2010 . Aktiviti minggu PPDa akan dijalankan dari 8 hingga 12 Mac 2010 .Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini adalah pertandingan melukis poster , pertandingan mewarna , kuiz PPDa , buku skrap anti dadah , ceramah dan pameran oleh ADDK dan menandatangani kain rentang anti dadah .


Guru Besar menandatangani kain rentang anti dadah .







Terima kasih kepada semua yang telibat .

Menjelang sukan tahunan

Gambar-gambar sekitar persediaan menjelang sukan tahunan yang akan berlangsung pada 13 Mac 2010 ( Sabtu )...semua dijemput hadir memeriahkan kejohanan sukan tersebut .












Monday 8 March 2010

Pelancaran Nilam 2010

March 1

Pelancaran aktiviti Nilam telah disempurnakan oleh Puan Rozitah bt Samsudin (GPK 1) . Aktiviti yang bertujuan untuk memberi galakan kepada murid - murid supaya rajin membaca.


Persembahan nyanyian oleh pengawas perpustakaan sekolah.



Acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang membaca paling banyak buku sepanjang bulan Jan & Feb




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...